Friday, September 12, 2014

izz dan firas semakin membesar

as salam,

masa berlalu dengan pantas...anak2 aku pun sekarang dlm proses membesar...hari2 aku teringat dekat diaorg..takut sgt dgn perkara2 yang tak elok terjadi..hope sgt benda tu tak akan terjadi...firas dah nak masuk 6 bulan..izz pulak dah 3thun 5bln...mcm2 kerenah izz skarang dlm tempoh membesar...hobi suka main game..minat pada kereta mainan wlpun aku beli patung ultraman tak dilayan nyer...
firas pulak ada kerenah dia,asyik gigit jari je..yang izz tak habis2 dengan kain putih dia...hmm...kadang2 tgk gelagat diaorg ni buat aku nak menangis sebab Allah swt dah anugerahkan satu hadiah yang paling indah dalam dunia...
aku cuma mintak anak2 aku jadi buat baik dan berjasa pada masyrakat..kalau boleh berjaya..
tapi mcm biasa lah nak besarkan anak ni cabaran dia besar..apa2 pun kita perlu bersabar...

 firas zayyan ikut jejak abg izz...adoii 

 dua beradik tgh sibuk main game sampai dah lewat malam baru nak tido.


 izz dgn atok..





 haha..izz br bgn tido..muka tension kena kejut...ngtuk sebab tido lewat main game

 dua beradik tgh main ats kerusi makan..


Wednesday, August 13, 2014

gelagat kami di "U"

kami memang nakal,cuma kami tak jahat dan tak kurang ajar..itulah gelaran lecturer dekat sana..sebab kerenah kami lecturer kami terhibur dengan perangai masing2...alhamdulilah aku dapat kelas yang sama2 untuk tamatkan pengajian bersama.kami buat bersama kami tiru bersama kami lepak bersama kami study bersama kami tak tido bersama kami kongsi masalah bersama...ini lah kami...aku harap aku akan habiskan dan tamatkan pengajian aku dekat UUM ni....
thanks kepada tenaga pengajar yang sanggup membimbing kami dan mengajar kami...



 gelagat kami...


 serius ketika buat kerja..

 kami bersukan bila sampai waktu


 kami berselfie 


 shooting utk assignment BI
 


selamat hari raya

haha..dah lama raya baru nak update..maklumlah tengah rajin walaupun ada kerja nak disettlekan..raya tahun ni amat bermakna bagi aku sebab aku beraya dengan anak yang kedua yang baru lahir pada bulan 3 tempoh hari...mak ayah aku terpaksa beraya di kl sehingga raya ke 3 sebab adik-adik aku tak dapat cuti raya.
aku macam biasa lah raya segamat dulu..pastu ke pahang diikuti kemaman...tapi aku cuma terkilan sedikit sebab tak dapat jumpa ramai saudara dan kawan2 aku dekat kampung..maybe sebab raya yang ke 3 semua dah balik sebab raya ke 4 ramai dah mula kerja...apa2 pun bersyukur sebab aku masih boleh beraya...






 izz dan sepupu nya medina


aku belum nazak..

as salam semua,

lama betul x update blog ni..yela sejak sakit mood lain macam sikit.yang pasti aku kena kuat hadapi apa yang aku lalui sekarang..aku bersyukur sebab sekurang kurang nya Allah swt memberi aku peluang untuk aku bertaubat untuk membetulkan apa yang salah dan tidak betul..
aku kena kuat untuk anak-anak aku,untuk isteri aku untuk family aku untuk yang memerlukan aku..aku nak jadi HERO before aku pergi...
pada mula nya aku sukar nak menerima penyakit aku..macam2 aku fikir sampai naik darah tinggi..lama2 aku dah boleh terima dengan syarat lupakan penyakit ni dan teruskan hidup...alhamdulilah masih ramai yang sayang kan aku..walaupun mereka tak rasa apa yang aku rasa..aku selalu fikir untuk positif kan diri dengan cara masih ada yang teruk sakit dari aku..
masa dekat wad aku ingat pesanan seorang hamba allah ni.kenapa allah swt pilih kita untuk hadapi semua ni,sebab allah tak nak kita senang tercampak ke dalam neraka nya dan selain itu dia pilih kita sebab dia tahu kita seorang yang mampu menghadapi dugaan ini..
sekarang aku cuma hidup macam biasa dan jangan fikir kan sangat penyakit ni.sampai waktu semua akan pergi jua..yang pasti aku sayang family aku,aku sayang wife aku,aku sayang anak2 aku izzry dan firas,aku sayang mak ayah aku,adik beradik aku dan semua yang mengenali aku....
alhamdulilah kepada rakan2 aku yang melawat aku dan yang menghantar sms,wasap dan sebagainya untuk mengucapkan salam untuk cepat sembuh aku ucapkan terima kasih banyak2 sebab hadir dan sebgainya...

1st day before ICU
 

ICU nah hambik 3 hari...macam2 wayer diaorg bagi...

haha..lari dari hops g jalan2 pakai kain pelikat



adoii sakitnya...

 thanks miss aishah dari UUM yg sempat melawat aku..

 kwn2 dari uum

 ijoy berbaju biru aku rindu kan dia..dia terpaksa skip sem ni sbb mslh dkt tmpt kerja




 pembedahan kecil dekat tangan untuk dialisis

 nah ambikk..isap darah...pakai leher..

 keadaan selepas operate tangan..
sakit weii...

wad aku di pusrawi...

Monday, May 5, 2014

muhammad firas zayyan

as salam,

alhamdulilah,rezeki dari allah swt aku menerima lagi satu rezeki yang tiada nilai nya.lahirnya
Muhammad Firas Zayyan adik kepada muhammad izzry rayyan anak kepada mohd hairi mirza..hihi...
lahir pada 16/3/2014 di PPUM.

alhamdulilah setelah hampir 40 hari putera kami diberikan kesihatan yang baik.





 muhammad izzry rayyan vs muhammad firas zayyan