Pian atau mudah dipanggil Sarjan datang kerumah aku seawal 7.00am oleh kerana tak tahan nak tarik ikan jahat-jahat.umpan semua tak payah fikir dah.Semua ada dekat kolam itu.Lagipun kami gerak awal sebab nak sampai awal.Maklumlah pergi waktu orang kerja confirm jem dan bersaing dengan orang hendak pergi ke kerja.
Sebelum gerak kami cari dulu bekalan untuk alas perut nanti.Sebab dekat sana tak ada tempat nak beli makan.Pian siap beli 2 bungkus Dunhill sebab dia memang kuat merokok dan kalau habis mulalah gelisah nanti.Nak cari mana sana kedai pun jauh.
Alhamdulillah arah yang kami hendak pergi itu tak jem.Banyak kenderaan bergerak masuk ke bandar,dan kami hendak ke arah port Banting.Kami mengikut KESAS Highway.Memang lah tol mahal,tetapi nak cepat itu jelah caranya.
Kami sampai pada pukul 9.30 pagi.Pian apa lagi bayar cepat-cepat di kaunter pendaftaran dan terus setting alat memancing dia.Tak cakap banyak dia pun labuhkan tali tangsi yang diikat perambut bersama umpan..
Zezzzzz...........
".Woi cepatlah baling..tak sabar nak rasa Siakap 3 rasa ni tarik"
hahaha...
"Sabarlah gila.Sini bukan ikut masa pun.tak rugi pun,rilek-rilek lah.Nanti dapat banyak ikan jenuh kau nak bayar"
"ahh..tak kisah lah pasal duit,janji aku puas"
Dekat kolam ni,bayaran masuk tak lah mahal.Sekadar rm3.Entri yang lepas aku sudah ceritakan tentang kolam Jugra rm3 ini.Sarjan sebab tak pernah pergi.itu macam jakun sangat nak merasa ikan tarik.
"Sarjan,bukak drag dekat mesin itu,nanti terbang karang pancing kau"
"rilek lah bro,siakap jer pun"
selang beberapa minit,sarjan pun geram sebab tak rasa lagi ikan tarik.Habis sumpah seranah dia keluar pada ikan yang ada dalam kolam tu.hahaha...
"aduhai,makanlah kau ikan"sindir sarjan
dalam duduk mengata pasal ikan tak makan umpan,satu sentapan ragut mata kail dia.
Zasss.....siakap tarik pancing dia.nasib pancing dia tersangkut pada kerusi kayu yang berada disitu.
"kan aku dah cakap bukak drag mesin.kalau tak tidak pasal-pasal jer Abu Garcia tu terbang dalam kolam"
"kuat jugak dia sentap,nasib joran aku tak terbang oii"
lalu sarjan pun longar kan drag dan alhamdulilah kami memperoleh 3 ekor siakap.Setelah dekat 2 jam berada di kolam siakap,kami pun beralih tempat ke kolam Bawal Emas dan Talapia Merah.Sambil-sambil tu aku pun pesan sekali lagi dekat dia jangan lupa bukak drag mesin.Sebabnya ikan bawal ni dia lagi ligat tarik berbanding ikan siakap.
Macam biasalah dia duduk mencarut sebab umpannya tidak mengena.Aku pun tenang kan dia dan bersuruh bersabar mana tahu rezeki bawal nanti melampau.Sarjan pun keluarkan rokok sebatang dan bakar sambil-sambil memerhatikan joran dia.Belum dia sempat hembus asap joran dia di sambar oleh sang bawal...PANNGGGG!!!!!....KECEBUS!!!!!!!.................
"Abu Garcia aku!!!!........"
"Aduh sarjan kan aku dah kata jangan lupa drag mesin itu"
Kami masing-masing terkesima sebabnya joran sarjan dibawak lari oleh bawal.Nak turun cari joran dalam itu bukan senang,kolam itu besar.Nasib kami masing-masing bawak 2 joran untuk spare.Sarjan mula marah sebab joran dan mesin baru dibelinya telah tengelam.Selang beberapa minat joran aku mengena bawal dan aku saje lepaskan tali bagi ikan dapatkan tali pancing pian.Mana tahu rezeki tersangkut pada ikan aku.Lama jugak aku lepaskan tali,tetapi tidak mengena.
Akhirnya sarjan pun sangkut jugak ikan bawal pada joran spare dia.Dan nak dijadikan cerita,ikan yang menarik pancing Abu Garcia dia yang hanyut itu makan lagi sekali tali pancing dia.Alhamdulilah rezeki terjumpa kembali joran dia.Jarang perkara macam ni boleh berlaku.Sejak kejadian itu,sarjan dah tak lupa lagi nak bukak drag.tak nak perkara yang sama berlaku.
Setelah puas kami di kolam bawal,kami beralih pula di kolam jenahak dan kerapu.Pian melabuh di kolam kerapu dan aku di kolam Jenahak.Masing-masing mengadap joran masing-masing sebab takut tragedi yang sama berulang.Sebabnya jenahak dan kerapu lagi cepat dia tarik dan laju.Kira dalam 10 minit aku labuh umpan,jenahak pun sambar mata kail aku.Aku pun apa lagi,seronok dapat tarik ikan yang seganas ini.Dalam hati terdeti mau 1kg lebih jenahak aku ni.Puas aku tarik dan akhirnya jenahak lemah dan aku berjaya tewakan.
Aku pun bergambar dengan jenahak sebagai kenangan dan bukti yang aku telah tewaskan jenahak.Tetapi cerita tidak berakhir disitu.Jenahak menunjukan kuasa ajaibnya dengan menigigit tangan aku semasa aku hendak membuka mata kail.
"adoiii!!!!!!....cilakak punya jenahak.nanti kau.Kau gigit tangan aku yer"
Habis lencun tangan aku berdarah kerana terkena bisa gigitan dia.Sarjan pun mengambil alih tugas untuk kemaskan barang-barang aku.Sebab jam dah menunjukan 4 petang.Kami kena balik sebelum jalan jem.Maklumlah orang balik kerja.
Tepat pukul 5,30 aku sampai depan rumah aku.Sarjan pun terus balik ke Slim River sebabnya rumah dia disana.Aku masih menahan bisa gigitan jenahak.Sampai nak tidur pun tangan aku masih lagi kebas dan pedih.ARRR...!!!!!Jenahak jahat!!!!....
sarjan bersama tangkapan pertama,siakap
selfie wifie dulu...
abu garcia
bawal emas
abu garcia dapt balik setelah beberapa minit dibawa lari sang bawal
hasil.. 3 siakap,3bawal,1jenahak
dedak untuk talapia merah
suka sarjan dapt hasil
proses menyiang terus,senang..balik terus campak dalam kuali...
info kolam ini sila rujuk ke :http://www.hasrulhassan.com/2015/06/memancing-bawal-emas-kolam-3-ringgit-di.html