Tuesday, November 29, 2016

Jenahak jahat!!!

Baru-baru ini aku ambil cuti oleh kerana kawan lama ajak memancing.Sebenarnya lama dah tahan nafsu serakah ni nak memancing..Yela mana tak nya,ramai kaki-kaki yang dulunya tegar memancing sekarang dah pencen.Gantung joran bagi anak cucu pakai nanti.hahaha...

Pian atau mudah dipanggil Sarjan datang kerumah aku seawal 7.00am oleh kerana tak tahan nak tarik ikan jahat-jahat.umpan semua tak payah fikir dah.Semua ada dekat kolam itu.Lagipun kami gerak awal sebab nak sampai awal.Maklumlah pergi waktu orang kerja confirm jem dan bersaing dengan orang hendak pergi ke kerja.

Sebelum gerak kami cari dulu bekalan untuk alas perut nanti.Sebab dekat sana tak ada tempat nak beli makan.Pian siap beli 2 bungkus Dunhill sebab dia memang kuat merokok dan kalau habis mulalah gelisah nanti.Nak cari mana sana kedai pun jauh.

Alhamdulillah arah yang kami hendak pergi itu tak jem.Banyak kenderaan bergerak masuk ke bandar,dan kami hendak ke arah port Banting.Kami mengikut KESAS Highway.Memang lah tol mahal,tetapi nak cepat itu jelah caranya.

Kami sampai pada pukul 9.30 pagi.Pian apa lagi bayar cepat-cepat di kaunter pendaftaran dan terus setting alat memancing dia.Tak cakap banyak dia pun labuhkan tali tangsi yang diikat perambut bersama umpan..

Zezzzzz...........    

        ".Woi cepatlah baling..tak sabar nak rasa Siakap 3 rasa ni tarik"

hahaha...

        "Sabarlah gila.Sini bukan ikut masa pun.tak rugi pun,rilek-rilek lah.Nanti dapat banyak ikan jenuh kau nak bayar"

         "ahh..tak kisah lah pasal duit,janji aku puas"

Dekat kolam ni,bayaran masuk tak lah mahal.Sekadar rm3.Entri yang lepas aku sudah ceritakan tentang kolam Jugra rm3 ini.Sarjan sebab tak pernah pergi.itu macam jakun sangat nak merasa ikan tarik.

         "Sarjan,bukak drag dekat mesin itu,nanti terbang karang pancing kau"

         "rilek lah bro,siakap jer pun"

selang beberapa minit,sarjan pun geram sebab tak rasa lagi ikan tarik.Habis sumpah seranah dia keluar pada ikan yang ada dalam kolam tu.hahaha...

        "aduhai,makanlah kau ikan"sindir sarjan

dalam duduk mengata pasal ikan tak makan umpan,satu sentapan ragut mata kail dia.

Zasss.....siakap tarik pancing dia.nasib pancing dia tersangkut pada kerusi kayu yang berada disitu.

       "kan aku dah cakap bukak drag mesin.kalau tak tidak pasal-pasal jer Abu Garcia tu terbang dalam kolam"

       "kuat jugak dia sentap,nasib joran aku tak terbang oii"
lalu sarjan pun longar kan drag dan alhamdulilah kami memperoleh 3 ekor siakap.Setelah dekat 2 jam berada di kolam siakap,kami pun beralih tempat ke kolam Bawal Emas dan Talapia Merah.Sambil-sambil tu aku pun pesan sekali lagi dekat dia jangan lupa bukak drag mesin.Sebabnya ikan bawal ni dia lagi ligat tarik berbanding ikan siakap.

Macam biasalah dia duduk mencarut sebab umpannya tidak mengena.Aku pun tenang kan dia dan bersuruh bersabar mana tahu rezeki bawal nanti melampau.Sarjan pun keluarkan rokok sebatang dan bakar sambil-sambil memerhatikan joran dia.Belum dia sempat hembus asap joran dia di sambar oleh sang bawal...PANNGGGG!!!!!....KECEBUS!!!!!!!.................

         "Abu Garcia aku!!!!........"

         "Aduh sarjan kan aku dah kata jangan lupa drag mesin itu"

Kami masing-masing terkesima sebabnya joran sarjan dibawak lari oleh bawal.Nak turun cari joran dalam itu bukan senang,kolam itu besar.Nasib kami masing-masing bawak 2 joran untuk spare.Sarjan mula marah sebab joran dan mesin baru dibelinya telah tengelam.Selang beberapa minat joran aku mengena bawal dan aku saje lepaskan tali bagi ikan dapatkan tali pancing pian.Mana tahu rezeki tersangkut pada ikan aku.Lama jugak aku lepaskan tali,tetapi tidak mengena.

Akhirnya sarjan pun sangkut jugak ikan bawal pada joran spare dia.Dan nak dijadikan cerita,ikan yang menarik pancing Abu Garcia dia yang hanyut itu makan lagi sekali tali pancing dia.Alhamdulilah rezeki terjumpa kembali joran dia.Jarang perkara macam ni boleh berlaku.Sejak kejadian itu,sarjan dah tak lupa lagi nak bukak drag.tak nak perkara yang sama berlaku.

Setelah puas kami di kolam bawal,kami beralih pula di kolam jenahak dan kerapu.Pian melabuh di kolam kerapu dan aku di kolam Jenahak.Masing-masing mengadap joran masing-masing sebab takut tragedi yang sama berulang.Sebabnya jenahak dan kerapu lagi cepat dia tarik dan laju.Kira dalam 10 minit aku labuh umpan,jenahak pun sambar mata kail aku.Aku pun apa lagi,seronok dapat tarik ikan yang seganas ini.Dalam hati terdeti mau 1kg lebih jenahak aku ni.Puas aku tarik dan akhirnya jenahak lemah dan aku berjaya tewakan.

Aku pun bergambar dengan jenahak sebagai kenangan dan bukti yang aku telah tewaskan jenahak.Tetapi cerita tidak berakhir disitu.Jenahak menunjukan kuasa ajaibnya dengan menigigit tangan aku semasa aku hendak membuka mata kail.

        "adoiii!!!!!!....cilakak punya jenahak.nanti kau.Kau gigit tangan aku yer"

Habis lencun tangan aku berdarah kerana terkena bisa gigitan dia.Sarjan pun mengambil alih tugas untuk kemaskan barang-barang aku.Sebab jam dah menunjukan 4 petang.Kami kena balik sebelum jalan jem.Maklumlah orang balik kerja.

Tepat pukul 5,30 aku sampai depan rumah aku.Sarjan pun terus balik ke Slim River sebabnya rumah dia disana.Aku masih menahan bisa gigitan jenahak.Sampai nak tidur pun tangan aku masih lagi kebas dan pedih.ARRR...!!!!!Jenahak jahat!!!!....

 sarjan bersama tangkapan pertama,siakap

 selfie wifie dulu...

 abu garcia

 bawal emas

 abu garcia dapt balik setelah beberapa minit dibawa lari sang bawal



 hasil.. 3 siakap,3bawal,1jenahak
 dedak untuk talapia merah

 view 360 from kolam
JENAHAK yang sangat NAKAL!!!!!


 suka sarjan dapt hasil

proses menyiang terus,senang..balik terus campak dalam kuali...

info kolam ini sila rujuk ke :
http://www.hasrulhassan.com/2015/06/memancing-bawal-emas-kolam-3-ringgit-di.html

Monday, November 7, 2016

MotoGP 2016 SIC

29/10/2016 - Qualifying race

bangun pagi terdetik nak ke sepang..sebabnya sejak kawin aku tak jejak langsung ke sepang oleh kerana masa,duit dan kawan-kawan yang dah banyak dah besara dari dunia moto ni.. so aku pun tenung moto aku... apa aku nak buat hari ni... ahh..tayar moto kotor plak..body pun dah banyak habuk..maklumlah jarang bawak....

9.10am - ambil baldi bubuh car shampoo.. tapi blasah jer shampoo keta ni utk moto..and start basuh..mula-mula layan gak buat sorang-sorang basuh moto ni..sambil bergambar ala-ala konon rajin.hahaha...anak sulong aku tetiba kata nak tolong ayah basuh moto..aku pun apa lagi,kata dia bukak baju pakai selipar meh join ayah...jarang yang sulong ni nak amik tahu pasal minat aku..sebab dia dengan dunia jer selalu..aku pun snap lah beberapa gambar yang konon-konon anak aku ni rajin plak.. pastu anak aku yang ke-2 plak kata nak tlg jgk mcm abg dia..sama jgk ayat aku macam abg dia,bukak baju pakai selipar..yang no-2 ni lain sikit perangai dia...dia bab2 barang aku semua dia nak kaji..barang2 moto aku,barang pancing aku..haishh...tak apa maybe minat anak no-2 ni sama macam aku..ahh tak kisah lah..janji mereka ada minat masing2...dlm duk basuh moto aku perati jugak lantai garage aku makin bersih..mana tak nya,bukan moto jer diaorang basuh,dengan lantai2 sekali diaorang basuh..hahaha..patut lah air sabun makin kurang..padahal sebaldi air aku bubuh untuk basuh moto..hahaha...macam2 perangai..


 firas kemain seronok lagi main air..bukan basuh moto sangat..



10.40am- ok dah habis basuh..aku pun terus jemur kan bagi dia kering..anak2 aku pun aku suruh mandi terus..almaklumlah tak mandi pagi sebelum tu...habis je mandi yang no-2 kata dia nak roti..aku pun bagi lah roti..mayb lapar banyak pakai tenaga main air masa basuh moto tu..

11.00am- aku tak ada arah tuju..hati  macam nak ride kemana2..sebab moto dah lama tak bawak..dah basuh plak tu..aku pun dapat idea. TING!!!!!!!TING!!!!!!!...................(wasap je sbnarnya)
aku : Mie....buzy tak??
Namie : tengah basuh moto ri...(aik basuh moto jgk)
aku : jom sepang tengok moto gp..jejalan tengok gadis..(ayat untuk remaja yang tak kawin lagi)
Namie  : ok jom..bagi aku siap jap
aku  : no hal..siap apa yang patut dll.dah siap roger aku..aku g rumah kau..
Namie : orait..

12.00pm-aku dah siap-siap nak ke sepang..tapi hari mendung..hmm..xpa awan yang gelap tu tak mengahalang niat untuk nak ke sepang..

12.30pm- 
Namie ; hery aku dah siap..jom
aku : orait..aku gerak ke rumah ko skang..

1.30- pas zohor gerak kami ke sepang..belum sempat kluar dari kl lagi dah hujan..maka berteduh lah kami depan tabung haji dekat jalan ampang..hahaha....lek lu selfie  #hujan #sejuk #naktilam..
mana ada aku tipu..tengok bukti..siap # dekat IG..hahahaha
@Namie
2.10pm- ok hujan dah tak lebat..sekadar rintik2..ahh jalan jer..bukan nya ada apa2 pun kalau jalan..nanti tak dapat join dengan group2 moto yang lain..redah2 pun lencun jugak baju kasut sluar..haha..ahh lantak lah..kami pun mula terus ke SIC...

3.00pm- sampai lah jugak kami dekat SIC..bukan kami jer yang lencun,banyak lagi group yang sama macam kami..so tak ada lah malu sangat..sampai jer kami kena bayar untuk parking RM20 untuk 3 hari sebenarnya kupon parking tu..takpa bagi aku memang berbaloi pun walaupon mahal..sebab nya moto park betul2 depan pintu masuk utama SIC..xdalah menapak jauh gila macam parking keta..siap moto and visor helmet kami diaorang polish..haha..maklumlah naru lepas hujan..aku and nami mula terpesona dengan ratus/ribu moto yang hadir untuk moto gp kali ni...rupanya motogp2016 menjadi sejarah untuk tiket yang paling laris terjual sehingga sold out...tak macam F1 yang kurang dapat sambutan..sebab tiket and kemudahan lain mahal dan tak semua rakyat msia ni minat dengan f1.(ni pandangan aku aje,jgn marah yer)

sticker parking untuk SIC motogp2016
 kami parking yang paling hujung..haha
amacam group R25 yamaha..
3.15pm- lepas berselfie dekat parking..kami mula kan perjalanan berjalan kaki ke pintu masuk SIC...apa lagi,namie dah mula lah rambang mata tengok gadis2 dekat sana..sama lah dengan aku..hahaha..tapi sebab dah tua,layan kan jela si muda ni buat apa dia nak...
dia mula lah agenda nak berselfie dengan gadis-gadis seksi dekat sana..hahahaha..gelak jap..oklah jom tengok gambar plak...orang kata BIAR GAMBAR BEBICARA plak...




















korang tgk dah tahu..gambar namie banyak dengan gadis..jelus plak aku..aku????dengan laki pun ada..hahaha...pastu gambar main game dekat sanaa..hai lah nasib si tua..

6.00pm- ok dah letih round2 and dah tahu result moto3.moto2,and motogp..decide nak balik nak makan..lapo sangat...maka bergerak lah kami balik dengan hujan jugak masa OTW balik...kemain sejuk lagi kami ride kali ni..makan dekat haikal tomyam area rumah namie macam 3 hari tak makan tu..lapo lepas main hujan..oklah untuk kali ni punya celoteh..apa2 pun thumb up untuk moto gp kali ni..
#kitagengmoto #tiadabeza #semakindidepan
#abggilahashtag

untuk info kalendar motoGP boleh ke pautan ini : 2016
http://www.motogp.com/en/calendar/

Wednesday, October 12, 2016

60's TV

bagun pagi tetiba teringat satu benda yang berharga dan aku akan ingat sampai menjelang tua...
masa aku belajar dekat IKM sebenarnya aku malas nak pergi..mana tak nya,PERLIS....apatu?negeri yang aku tak pernah sampai dan tak pernah aku fikir nak pergi...

aku akur dengan keputusan abah sebab kerana INSTEP ( institut teknologi petronas)...kerana tengah sedap berkerja di coffee bean aku leka tarikh pendaftaran ke instep..last2 kena maki hamun aku dalam kereta dengan ayah aku sebab buat main2 dengan kemasukan tawaran IPT..dari bangi nak ke brickfield tu rasa jauh sgt..mana tak nya,ayah aku dah start menyirap dengan aku dengan perangai sambil lewa dengan tawaran IPT...puas ayah aku call orang2 yang bahagian pendaftaran untuk masukan aku semula ke INSTEP ni..akhirnya dapatlah ke JB untuk interview lagi sekali..tapi malang,..

aku tak berjaya untuk ke instep oleh kerana gagal dalan interview untuk step ke 3...aku dari JB nak ke kl risau jer nak balik KL....last2 akur la jugak..nak jadi kan cerita,lepas seminggu aku dapat tawaran kemasukan ke dalam IKM di Perlis..pada mulanya aku tak nak pergi,tetapi apakan daya,,ceh..haha...oleh kerana takut dengan abah yang asyik salahkan aku aku pun ikut jela permintaan diaorang untuk ke IKM...aku berat hati sangat dengan tawaran itu..mana tak nya,aku lansung tak tahu tentang engineering..zero...

aku gagah kan jugak masuk ke dalam tempat yang hampir buat aku sakit jiwa tetapi sebenarnya IKM lah yang mengajar aku untuk jadi orang dan kenal dunia ni...hampir setiap hari aku dan kawan2 kena ragging oleh senior..walaupun kena ragging,kami dengan senior jadi baik dan tiada gap bila perlukan pertolongan.sampai sekarang kami masih baik dengan rakan2 IKM kerana sebab ikm mengajar ukhwam untuk bersaudara...

sebenarnya aku merajuk dengan family aku time tu..sejak dari tu aku jadi pendiam...marah pun diam..malas nak bercakap  melainkan hal penting..aku merajuk kerana selalu permintaan aku tak dapat dutinaikan dan hanya mengikut kehendak mereka..tetapi percayalah,kalo tak kerana mereka,aku mungkin tak selesa bergini dengan rezeki yang hampir cukup untuk setiap hari..aku dah terbiasa diam,dan sehingga sekarang banyak rahsia aku pendamkan dari mereka kerana tak nak buat diaorang risau..

ok,berbalik cerita aku,aku sebenarnya nya cerita seseuatu yang aku tak boleh lupaka..masa aku peringkat umur 12-18 tahun,aku selalu fikir mak ayah aku tak nak belikan aku barang yang aku nak kerana nak ajar anak dia score A dulu dalam exam baru boleh dapat..aku xpernah result ok sampai lah SPM..adik aku every years dapat A dalam exam...memang la dapat hadiah apa dia nak..

beli game pun pakai duit sendiri kumpul duit sekolah dengan duit raya..menangis aku kumpul duit jika nak beli sesuatu barang...mana tak nya belanja sekolah aku kadang2 70sen tak 80sen paling tinggi rm1...hmm dapat 1.50 tu rasa banyak oii....

uishh melalot lagi..ok2 back cerita asal...aku sebenarnya terharu bila aku dah start masuk ikm.kawan2 yang banyak ajar aku dalam subjek engineering ni...mak ayah aku cakap kalo pointer ok mereka hadiah kan aku apa yang aku nak..aku wat tak endah jer..sebab dah biasa tak dapat and aku malas cakap banyak..tup2...result sem 1 (2.90)... aku macam biasa jer..yela bukan dapat 3.5 ke ats pun..tapi balik kl mak aku cakap nak apa?????

tersentak aku kejap mak ayah aku tanya nak apa??????

aku pun cakap aku nak walkman/discman...kami pun terus ke jaya kusco ke mid valley n mak aku pun suruh pilih nak yang mana discman..aku pun pilih mengikut harga yang aku rasa mak ayah aku mampu beli.. dlam rm290 kot...bukan apa kesian dengan mak ayah aku takut tak ada budget lebih...

aku pun amiklah jenama Philip ax1100..

 rare/old skul

masyallah,dapat jer discman ni aku rasa seronok sangat..sejak dari ctu aku tanam untuk pergi lagi jauh walaupun susah perik aku nak belajar..yela aku bukan nya cepat pickup..igt hari ni,esok lupa..aku memang minat music dari zaman sekolah...undergrond,mainstream,jiwang,rock kapak,new age,ska punk macam2 aku dengar..janji lagu tu best.... kalo pegang jer walkman ni mesti teringat terjadi punya macam mana..alhamdulilah kalo usaha dari sekolah maybe aku dapat kekalkan momentum untuk mencapai apa aku nak...tu yang bangun pagi rasa nak karang jer sesuatu yang berharga dan aku masih ingat sampai sekarang...

lepas sem 2 aku dapat pointer 3.2..ayah aku belikan EX5..biar pun second hand..tapi dapatlah jugak aku merasa konvoi jauh2 dengan kawan2..pada mulanya tak minat..nak pakai scooter..tapi tahu mak ayah aku tak mampu..
haha..abang dah dapat moto apa lagi..kobek sana kobek sini lah..aktivit dekat cana..itu jela yang aku tau..kawan2 ramai yang boleh bab2 bukak moto ni,aku pun apa lagi join skali lah..tak reti pasang geng ni  ada...tolong btl balik..hahaha..

 bersama otai lathe machine dan juga milling maching en fazirul


kenangan kawan2 repat sejak ikm sehingga sekarang..kalo aku nak balik masa lampau,aku nak balik masa ni..sebab banyak sangat kenangan terindah yang aku lakukan waktu ni...sekarang nak angkat kaki pun tak larat...dossa banyak sangat..esok lusa dah mati dah tak dapat nak menaip lagi....nak igt kenangan indah mcm ni,melaikan syurga tmpt aku...insyallah..allah swt maha pengampun..dia jer yang tahu dosa pahala seorang manusia...

jadi pesan aku.ingat lah setiap kenangan terindah yang kita hadapi tidak kira zaman bercinta sekali pun..kerana kenangan itu tak dapat di kembalikan lagi,hanya simpanan memori terindah jer yang kita akan bawa...

Monday, October 10, 2016

check in IJN

IJN??????serious ka ko dekat IJN (INStitut JanTung Negara)....It's true???
.......................................................................................................................
.......................................oii.........jawablah....................................................
Yer Temah(bukan nama sebenar) oii.....

Yer betul..Bila masuk IJN jer orang mesti igt kritikal..habis lah..sebab apa?
Jantung.....J A N T U N G !!!!! antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia.Bila masuk IJN jer mesti kena buat Stand, baloon, or bypass if dah teruk sangat..

Iyer..itu memang betul...aku cuma masuk sebab aku nak check jantung aku ok ker tak..slalu gak rasa jantung ni macam tertusuk benda tajam..tapi tak lah sakit...lagi pun aku tiada pilihan kerana HKL nak kan result jantung aku untuk buat tranplan nanti..so before proceed Operation tu,aku kena lah check jantung tu ok ker tak...

pada mulanya Dr. HKL ada jgk kata dekat tepi jantung aku ada darah beku,so refer lah aku ke IJN untuk confirm kan balik...aku pun dengan rasa takut,tak suka dengan hospital,dengan pemikiran aku serabut takut insurans tak cover and macam-macam lah ke IJN ni...pada masa yang sama aku bawak lah GL aku nak yakin kan insurans ofis aku cover.alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt...aku terus dibawa ke platinum klinik untuk menunggu giliran...tak sampai 10 aku tunggu,nama aku pun dipanggil dan terus buat ECG,Xray,Echo...dah siap semua nya aku dibawa berjumpa dengan Dato Dr Azmee...dia sangat peramah dan senang berurusan sekiranya ada apa yang kita tak paham dengan penyakit kita..so aku buat temujanji untuk dimasukan ke dalam wad..tujuannya adalah untuk buat enjogram (salah eja tu)hahaha... ala nak masuk wayar dari peha nak tengok dengan lebih detail jika ada masalah dengan jantung...

alhamdulilah Dato Azmee sah kan jantung aku tiada masalah dan tak ada block...sejam jugak aku dalam bilik OT untuk rawatan Enjo ni...lega rasa lepas buat enjo ni..kalo tak perasaan seram sejuk habis yang aku rasa...aku direhatkan selama 6 jam tanpa boleh bergerak dan bangun..dah la lepas bius habis jer mulalah rasa sakit tu...adoiii...

lepas 6 jam berlalu aku pun terus ke unit dialsis untuk cuci darah...esok pagi Dr sah kan aku boleh kluar dah wad kerana dia masalah serius yang terjadi pada aku....


so lepas ni IJN,,,,HKL,,,,,,PUSRAWI,,,, tempat aku beristirehat...hahaha...

katil 28B..wad orkid(IJN)


 lauk power...hahaha

 tempat aku buat Enjo
.


 lapor wei lepas buat benda alah tu.

antara sahabat yang hadir... bob padin ejan along...adik2 aku..mak ayah...isteri aku..thnks..