Wednesday, October 12, 2016

60's TV

bagun pagi tetiba teringat satu benda yang berharga dan aku akan ingat sampai menjelang tua...
masa aku belajar dekat IKM sebenarnya aku malas nak pergi..mana tak nya,PERLIS....apatu?negeri yang aku tak pernah sampai dan tak pernah aku fikir nak pergi...

aku akur dengan keputusan abah sebab kerana INSTEP ( institut teknologi petronas)...kerana tengah sedap berkerja di coffee bean aku leka tarikh pendaftaran ke instep..last2 kena maki hamun aku dalam kereta dengan ayah aku sebab buat main2 dengan kemasukan tawaran IPT..dari bangi nak ke brickfield tu rasa jauh sgt..mana tak nya,ayah aku dah start menyirap dengan aku dengan perangai sambil lewa dengan tawaran IPT...puas ayah aku call orang2 yang bahagian pendaftaran untuk masukan aku semula ke INSTEP ni..akhirnya dapatlah ke JB untuk interview lagi sekali..tapi malang,..

aku tak berjaya untuk ke instep oleh kerana gagal dalan interview untuk step ke 3...aku dari JB nak ke kl risau jer nak balik KL....last2 akur la jugak..nak jadi kan cerita,lepas seminggu aku dapat tawaran kemasukan ke dalam IKM di Perlis..pada mulanya aku tak nak pergi,tetapi apakan daya,,ceh..haha...oleh kerana takut dengan abah yang asyik salahkan aku aku pun ikut jela permintaan diaorang untuk ke IKM...aku berat hati sangat dengan tawaran itu..mana tak nya,aku lansung tak tahu tentang engineering..zero...

aku gagah kan jugak masuk ke dalam tempat yang hampir buat aku sakit jiwa tetapi sebenarnya IKM lah yang mengajar aku untuk jadi orang dan kenal dunia ni...hampir setiap hari aku dan kawan2 kena ragging oleh senior..walaupun kena ragging,kami dengan senior jadi baik dan tiada gap bila perlukan pertolongan.sampai sekarang kami masih baik dengan rakan2 IKM kerana sebab ikm mengajar ukhwam untuk bersaudara...

sebenarnya aku merajuk dengan family aku time tu..sejak dari tu aku jadi pendiam...marah pun diam..malas nak bercakap  melainkan hal penting..aku merajuk kerana selalu permintaan aku tak dapat dutinaikan dan hanya mengikut kehendak mereka..tetapi percayalah,kalo tak kerana mereka,aku mungkin tak selesa bergini dengan rezeki yang hampir cukup untuk setiap hari..aku dah terbiasa diam,dan sehingga sekarang banyak rahsia aku pendamkan dari mereka kerana tak nak buat diaorang risau..

ok,berbalik cerita aku,aku sebenarnya nya cerita seseuatu yang aku tak boleh lupaka..masa aku peringkat umur 12-18 tahun,aku selalu fikir mak ayah aku tak nak belikan aku barang yang aku nak kerana nak ajar anak dia score A dulu dalam exam baru boleh dapat..aku xpernah result ok sampai lah SPM..adik aku every years dapat A dalam exam...memang la dapat hadiah apa dia nak..

beli game pun pakai duit sendiri kumpul duit sekolah dengan duit raya..menangis aku kumpul duit jika nak beli sesuatu barang...mana tak nya belanja sekolah aku kadang2 70sen tak 80sen paling tinggi rm1...hmm dapat 1.50 tu rasa banyak oii....

uishh melalot lagi..ok2 back cerita asal...aku sebenarnya terharu bila aku dah start masuk ikm.kawan2 yang banyak ajar aku dalam subjek engineering ni...mak ayah aku cakap kalo pointer ok mereka hadiah kan aku apa yang aku nak..aku wat tak endah jer..sebab dah biasa tak dapat and aku malas cakap banyak..tup2...result sem 1 (2.90)... aku macam biasa jer..yela bukan dapat 3.5 ke ats pun..tapi balik kl mak aku cakap nak apa?????

tersentak aku kejap mak ayah aku tanya nak apa??????

aku pun cakap aku nak walkman/discman...kami pun terus ke jaya kusco ke mid valley n mak aku pun suruh pilih nak yang mana discman..aku pun pilih mengikut harga yang aku rasa mak ayah aku mampu beli.. dlam rm290 kot...bukan apa kesian dengan mak ayah aku takut tak ada budget lebih...

aku pun amiklah jenama Philip ax1100..

 rare/old skul

masyallah,dapat jer discman ni aku rasa seronok sangat..sejak dari ctu aku tanam untuk pergi lagi jauh walaupun susah perik aku nak belajar..yela aku bukan nya cepat pickup..igt hari ni,esok lupa..aku memang minat music dari zaman sekolah...undergrond,mainstream,jiwang,rock kapak,new age,ska punk macam2 aku dengar..janji lagu tu best.... kalo pegang jer walkman ni mesti teringat terjadi punya macam mana..alhamdulilah kalo usaha dari sekolah maybe aku dapat kekalkan momentum untuk mencapai apa aku nak...tu yang bangun pagi rasa nak karang jer sesuatu yang berharga dan aku masih ingat sampai sekarang...

lepas sem 2 aku dapat pointer 3.2..ayah aku belikan EX5..biar pun second hand..tapi dapatlah jugak aku merasa konvoi jauh2 dengan kawan2..pada mulanya tak minat..nak pakai scooter..tapi tahu mak ayah aku tak mampu..
haha..abang dah dapat moto apa lagi..kobek sana kobek sini lah..aktivit dekat cana..itu jela yang aku tau..kawan2 ramai yang boleh bab2 bukak moto ni,aku pun apa lagi join skali lah..tak reti pasang geng ni  ada...tolong btl balik..hahaha..

 bersama otai lathe machine dan juga milling maching en fazirul


kenangan kawan2 repat sejak ikm sehingga sekarang..kalo aku nak balik masa lampau,aku nak balik masa ni..sebab banyak sangat kenangan terindah yang aku lakukan waktu ni...sekarang nak angkat kaki pun tak larat...dossa banyak sangat..esok lusa dah mati dah tak dapat nak menaip lagi....nak igt kenangan indah mcm ni,melaikan syurga tmpt aku...insyallah..allah swt maha pengampun..dia jer yang tahu dosa pahala seorang manusia...

jadi pesan aku.ingat lah setiap kenangan terindah yang kita hadapi tidak kira zaman bercinta sekali pun..kerana kenangan itu tak dapat di kembalikan lagi,hanya simpanan memori terindah jer yang kita akan bawa...

No comments:

Post a Comment